Tuesday 6 March 2012

KOSONG

pernah korang rasa saat berjalan kaki seorang diri ditempat yang sunyi tanpa ditemani sesiapa pun ? saat itu kepurapuraan korang yang belagak bahagia padahal derita yang amat dalam pada hati yang masih berdarah walaupun luka dah berpuluh tahun lamanya. saat itu perasaan sunyi yang menjadi sahabat rapat korang datang kembali dan saat itu jugak air mata jatuh walaupun dilarang. hati yang sunyi. saat berjauhan dengan keluarga merupakan saat yang sukar kerana tiada teman yang sejati. sahabat yang disayangi pergi tanpa alasan. senyap. hati kuat merintih namun apakan daya. diri ini tak mampu berbuat apaapa. hanya redha dan memendam rasa. cuba meraih perhatian namun tetap tidak dipedulikan. sedih. sayu. saat bergantung harap pada orang yang disayangi untuk dibahagiakan namun dibalas derita. terasa bagai sayang yang mengunung ini tiada makna. seperti kucing terbuang. hanya disepak saat meminta perhatian dan ehsan. diri ini sedar bahawa mempunyai banyak kelemahan tetapi sebagai manusia biasa, diri ini tidak lepas dari membuat kesalahan. tetapi kesalahan sahaja dimata mereka. diri ini penat menagih simpati. perlukan seseorang yang mampu mengisi kekosongan. dambakan seseorang yang mampu memberi sepenuh perhatian pada diri ini melainkan pada agama dan keluarga. mempunyai seseorang yang istimewa tak beerti dia mampu memenuhkan ruang hati. diri ini sunyi. maafkan diri ini.









No comments:

Post a Comment